Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Makmal Sains Dalam Kalangan Bakal Guru Sains

Noordin, Shaharom and Othman, Junainah (2010) Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Makmal Sains Dalam Kalangan Bakal Guru Sains. Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Makmal Sains Dalam Kalangan Bakal Guru Sains . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
130kB

Abstract

Kajian ini berkaitan pengurusan makmal sains (PMS), untuk menilai tahap kesedaran dalam diri pelajar tahun tiga dan tahun empat Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains). Kajian ini berbentuk tinjauan dan menumpukan kepada dua aspek utama PMS iaitu pengurusan makmal dan keselamatan makmal. Pembolehubah manipulasi yang terlibat dalam kajian ini adalah tahun pengajian, latar belakang akademik dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Seramai 39 orang pelajar 3 SPN dan 4 SPN di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS). Alat kajian ini mengandungi 40 item yang berbentuk skala likert. Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = .883. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, peratusan, maksimum dan minimum telah digunakan bagi menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap PMS. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengurusan makmal dan keselamatan makmal adalah tinggi iaitu pada 91.87%. Tahap kesedaran pelajar secara keseluruhannya terhadap kepentingan aspek pengurusan makmal sains juga tinggi iaitu pada 91.96%, manakala bagi aspek keselamatan makmal sains adalah sederhana iaitu pada 91.78%. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengurusan dan keselamatan makmal merentas tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepentingan pengurusan makmal sains, bakal guru sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10569
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 11:39
Last Modified:07 Jun 2017 06:48

Repository Staff Only: item control page