Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rekacipta : “Smart Volume” Untuk Topik Ruang Dan Isipadu Matapelajaran Matematik Tahun 4

Omar, Hafidz and Mosmin, Khairil Anuar (2010) Rekacipta : “Smart Volume” Untuk Topik Ruang Dan Isipadu Matapelajaran Matematik Tahun 4. Rekacipta : “Smart Volume” Untuk Topik Ruang Dan Isipadu Matapelajaran Matematik Tahun 4 . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Official URL: http://docplayer.net/30525209-Katakunci-smart-volu...

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek merekacipta bahan bantu mengajar "Smart Volume" untuk topik Ruang dan Isipadu matapelajaran Matematik Tahun 4. "Smart Volume" yang direkacipta penyelidik digunakan untuk membantu pelajar mengukuhkan dan meningkatkan kefahaman terhadap konsep isipadu bentuk tiga matra. “Smart Volume” merupakan bahan bantu mengajar yang terdiri daripada dua bahagian iaitu “Smart Volume Kit” iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik dan “Smart Volume Interactive” iaitu CD interaktif. Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan dan menilai keberkesanaan “Smart Volume” bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep isipadu kubus dan koboid. Kajian keberkesanan “Smart Volume” dilakukan di sebuah sekolah luar bandar di daerah Pontian. Seramai dua puluh orang subjek tahun empat dipilih untuk menjalani ujian Pra seterusnya subjek diasingkan kepada dua kumpulan untuk menjalani eksperimen. Kumpulan pertama seramai sepuluh orang menjalani eksperimen menggunakan “Smart Volume” sebagai bahan bantu mengajar manakala kumpulan kedua menjalani pengajaran tanpa “Smart Volume”. Tujuan pengasingan ini dilakukan bagi mengesan perbezaan skor keseluruhan pada ujian Pos yang dilakukan di akhir eksperimen. Data yang dikumpul dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS) ver 12.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “Smart Volume” yang dicipta penyelidik berkesan untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Dalam kajian ini juga, penyelidik mengemukakan cadangan bagi membaiki dan memantapkan mutu rekacipta dan penyelidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Smart Volume, ruang dan isipadu, matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10568
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 11:36
Last Modified:26 Feb 2017 03:32

Repository Staff Only: item control page