Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perlaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru, Johor

Sulaiman, Hanim and Mohd Osman , Mohd Hassan and Othman, Khairul Nisak (2010) Perlaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru, Johor. Perlaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru, Johor . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
78Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai Program Tunas BISTARI dalam pembangunan pembudayaan keusahawanan di sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru, Johor. Penilaian ini dibuat dengan mengkaji tentang kepuasan hati pelajar-pelajar terhadap perlaksanaan Program Tunas BISTARI di mana faktor-faktor yang dinilai ialah pengurusan program, kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan, cara penyampaian penceramah dan pengaplikasian Program oleh pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan penganalisaan dengan menggunakan soal selidik dan temubual. Data-data yang diperolehi dianalisis secara peratusan menggunakan perisian computer iaitu ‘Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 11.5’. Selain itu, seramai 8 orang guru pembimbing Program Tunas BISTARI ditemubual dan hasil temubual diulas dan dirumus. Dapatan kajian mendapati para pelajar sangat berpuas hati dengan perlaksanaan Program Tunas BISTARI di mana pengurusannya sesuai, baik dan teratur, kemudahan-kemudahan yang disediakan sesuai dan lengkap serta pelajar berpuas hati dengan penyampaian penceramah. Pelajar juga menyatakan bahawa mereka dapat mengaplikasikan program ini. Secara keseluruhannya, pembangunan pembudayaan keusahawanan dapat dijayakan apabila perlaksanaan Program Tunas BISTARI berjalan dengan efektif dan dapat menarik minat pelajar terhadap keusahawanan. Untuk memastikan Program Tunas BISTARI terus dilaksanakan, pelbagai pihak seperti pihak Johor Corporation, Jabatan Pelajaran Negeri, sekolah, guru dan pelajar perlu memainkan peranan masing-masing. Antara cadangan yang dikemukakan adalah pihak sekolah perlu bekerjasama dengan agensi-agensi luar bagi memperkenalkan program ini kepada masyarakat. Aktiviti-aktiviti keusahawanan disekolah perlu diperbanyakkan dan penyertaan program ini perlu diperluaskan dan tidak diterhadkan. Ini adalah untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar tidak mengira umur atau kaum.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tunas bistari, budaya keusahawanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10567
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 11:34
Last Modified:14 Oct 2010 11:34

Repository Staff Only: item control page