Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

Hushin , Hassan and Md. Salleh, Junaidah (2010) Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. Penglibatan Pelajar Tahun Satu Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim. . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
83kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar tahun satu terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman. Begitu juga dengan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Objektif seterusnya ialah untuk mengenalpasti tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif iaitu dengan menggunakan soal selidik bagi mengumpul data. Responden kajian terdiri daripada 333 orang pelajar tahun satu dari enam buah kolej kediaman lingkaran dalam di Universiti Teknologi Malaysia. Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Stastistical Packages For The Social Sciences” versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian yang didapati oleh pengkaji menunjukkan persepsi pelajar terhadap kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman adalah tinggi. Pengkaji juga mendapati faktor-faktor rakan sebaya, minat, ibu bapa dan kemudahan yang disediakan mempengaruhi penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman berada pada tahap sederhana. Disamping itu beberapa cadangan dikemukakan sebagai langkah membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar tahun satu dalam aktiviti kolej kediaman.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:aktiviti kolej kediaman, penglibatan pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10566
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 11:31
Last Modified:14 Oct 2010 11:31

Repository Staff Only: item control page