Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian Pelaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Johor

Mohd Osman , Mohd Hassan and Rohman, Haslizah (2010) Penilaian Pelaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Johor. Penilaian Pelaksanaan Program Tunas Bistari Dalam Pembangunan Budaya Keusahawanan Di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Pontian Johor . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
84kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Program Tunas BISTARI dalam pembangunan budaya keusahawanan di sekolah menengah. Tinjauan dekskriptif digunakan bagi mencapai objektif kajian. Seramai 45 orang pelajar dan 6 orang guru dari 3 buah sekolah di Daerah Pontian telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan dengan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada pelajar dan menjalankan temubual bagi guru-guru berkenaan. Analisis data adalah dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science for window version 11.5 (SPSS). Aspek-aspek yang dikaji adalah dari segi pengurusan program latihan Tunas BISTARI, kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan, cara penyampaian penceramah dan juga pengaplikasian ilmu oleh pelajar. Hasil kajian didapati pelajar dan guru yang mengikuti Program Tunas BISTARI berpuas hati dengan cara pengurusan program latihan di mana pelajar mengatakan bahawa Program Tunas BISTARI diuruskan dengan baik. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan latihan, pelajar amat berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan latihan yang disediakan di dalam program. Dari segi penyampaian penceramah, majoriti pelajar mengutarakan kepuasan mereka dengan kualiti penyampaian penceramah dan pelajar menyatakan bahawa mereka telah mengaplikasi ilmu pengetahuan, pengalaman hasil daripada mengikuti program tersebut. Akhir sekali, cadangan yang bernas dikemukan bagi meningkatkan lagi Program Tunas BISTARI yang dianjurkan oleh Pihak Johor Corporation (JCorp).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pelaksanaan program tunas bistari, pembangunan budaya keusahawanan,
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10564
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Oct 2010 13:03
Last Modified:13 Oct 2010 13:03

Repository Staff Only: item control page