Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Idris , Abdul Razak and Mhd Yatim, Norashikin (2010) Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham. Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
34Kb

Abstract

Projek ini bertujuan untuk membangunkan laman web bertajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman web ini dibangunkan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris. Isi kandungan laman web ini disusun berasaskan teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham, di mana elemen-elemen multimedia seperti video, audio, animasi, teks dan grafik telah diterapkan di dalam laman web ini untuk membantu pemahaman pengguna. Disamping itu, penggunaan gambarajah 3 dimensi telah dipersembahkan di mana contoh diberikan dengan lebih jelas. Tambahan pula, forum, rujukan tambahan yang disediakan di dalam laman web ini dapat menambahkan lagi sumber maklumat terhadap topik ini. Laman web ini menekankan konsep mesra pengguna di mana navigasi, teks dan grafik yang digunakan memudahkan pengguna untuk melayari laman web ini. Secara keseluruhannya, laman web ini dibangunkan menggunakan Model Hanaffin dan Peck, di mana di dalam model ini terdapat tiga fasa utama yang terdiri daripada fasa analisis, fasa reka bentuk serta fasa pembangunan dan perlaksanaan. Perisian Macromedia Dreamweaver 8.0 dan juga Adobe Flash CS3 telah digunakan sebagai perisian utama bagi membangunkan laman ini. Perisian sokongan lain seperti perisian Adobe Photoshop CS dan Sony Sound Forge 9.0 telah digunakan bagi menghasilkan grafik dan audio. Diharapkan dengan pembangunan laman web pembelajaran yang interaktif ini dapat membantu pengguna khasnya pelajar tingkatan empat dan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), menguasai topik Garis dan Satah Dalam Tiga Matra.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10560
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Oct 2010 12:51
Last Modified:13 Oct 2010 12:54

Repository Staff Only: item control page