Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di Kalangan Pelajar – Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Yazit, Saari (2010) Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di Kalangan Pelajar – Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di Kalangan Pelajar – Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah . pp. 1-16. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
53kB

Abstract

Latihan industri merupakan satu daripada program kurikulum pendidikan politeknik di Malaysia. Pelajar di politeknik akan diwajibkan untuk menjalani latihan industri di sektor swasta ataupun kerajaan. Namun begitu, adakah objektif latihan industri ini tercapai dan berkesan kepada pelajar. Kajian projek ini tertumpu kepada mengkaji keberkesanan latihan industri di kalangan pelajar- pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Darulaman. Aspek yang dikaji ialah Kesesuaian kurikulum, kerjasama pihak industri, kesesuaian tempat latihan dan penyeliaan oleh Unit Latihan dan Perhubungan Industri . Satu set borang soal selidik diberikan kepada 146 orang pelajar di semester 4. Satu kajian rintis telah diadakan oleh 10 orang pelajar bagi mengesahkan kebolehpercayaan soalan. Alat kajian yang digunakan ialah satu set borang soal selidik yang diberikan terus kepada sample kajian. Data yang di perolehi di analisis dengan komputer program SPSS 7.5. Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa latihan industri ini berkesan kepada pelajar - pelajar yang menjalani latihan. Walaupun begitu keberkesanan latihan masih kurang kerana faktor pensyarah masih kurang membuat lawatan industri. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, pihak Unit Latihan dan Perhubungan Industri membuat lawatan sekurang – kurangnya sekali dalam masa 6 bulan dibuat kepada tempat-tempat latihan industri untuk menjadikan latihan industri lebih berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keberkesanan, latihan industry, pelajar politeknik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10559
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Oct 2010 10:56
Last Modified:10 Aug 2017 04:37

Repository Staff Only: item control page