Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Stres Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan Dan Selangor.

Yahaya, Azizi and Nik Husain, Nik Diana Hartika (2010) Tahap Stres Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan Dan Selangor. Tahap Stres Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhinya Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan Dan Selangor. . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
80kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan guru sekolah menengah. Seramai 400 orang guru di empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Faktor stres dikaji dari aspek bebanan kerja, hubungan interpersonal, masalah disiplin pelajar dan peraturan sekolah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah ? = 0.8201. Data-data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk menganalisis tahap stres manakala statistik inferensi iaitu analisis ujian –t dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis perbezaan stres antara jantina dan hubungan antara faktor stres dengan umur, pengalaman mengajar dan bilangan anak. Hasil kajian mendapati tahap stres di kalangan guru berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor stres dengan jantina. Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor bebanan kerja dengan pengalaman mengajar, umur dan bilangan anak. Aspek yang paling mempengaruhi stres ialah dari aspek masalah disiplin pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:guru sekolah, stres
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10556
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:13 Oct 2010 10:41
Last Modified:10 Aug 2017 04:29

Repository Staff Only: item control page