Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Aplikasimultimedia Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Minda Bagi Tajuk Stereokimia

Harun, Jamalludin and Mohd Azmi, Faza Farhana (2010) Pembangunan Aplikasimultimedia Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Minda Bagi Tajuk Stereokimia. Pembangunan Aplikasimultimedia Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Minda Bagi Tajuk Stereokimia . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
31Kb

Abstract

Aplikasi multimedia yang interaktif dan pembelajaran berasaskan minda merupakan dua penyumbang utama terhadap perkembangan dalam pendidikan professional. Berbanding pembelajaran secara tradisional, multimedia yang interaktif menyediakan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian walaupun untuk individu yang dipisahkan oleh geografi mahupun masa. Pembelajaran berasaskan minda menyediakan suasana pembelajaran yang bersesuaian untuk perkembangan minda mereka. Oleh sebab itu, projek ini adalah mengenai reka bentuk dan pembangunan aplikasi pembelajaran multimedia interaktif menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan minda berdasarkan Caine dan Caine (1990). Topik yang dipilih bagi projek ini adalah Stereokimia, salah satu topik dalam Kimia Organik. Proses pembangunan adalah beradasarkan model reka bentuk instruksi bersistem ADDIE. Macromedia Authorware 7 telah digunakan sebagai alat gubahan utama untuk menghasilkan aplikasi multimedia ini, disokong perisian multimedia lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop dan Sound Forge. Diharapkan kombinasi strategi pembelajaran berasaskan minda dengan elemen multimedia seperti grafik, animasi serta audio dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka tentang konsep Stereokimia disamping menjadikan proses pembelajaran semakin aktif, bermakna dan menyeronokkan Katakunci: multimedia, pembelajaran berasaskan minda, Stereokimia

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:multimedia, pembelajaran berasaskan minda, Stereokimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10554
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 11:03
Last Modified:20 Oct 2010 11:39

Repository Staff Only: item control page