Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Yang Bertajuk ‘Electricity’ Bagi Sains Tingkatan Tiga

Nordin, Aziz and Zabidin, Haryati (2010) Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Yang Bertajuk ‘Electricity’ Bagi Sains Tingkatan Tiga. Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Yang Bertajuk ‘Electricity’ Bagi Sains Tingkatan Tiga . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
84kB

Abstract

E-pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru malah telah mengalami perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kaedah ini mampu mewujudkan pembelajaran kendiri. Maka untuk mendapatkan pendekatan efektif dalam melaksanakan e-pembelajaran. Projek ini telah memilih satu pengurusan kursus yang dinamakan Moodle kerana ia dianggap sesuai memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip konstruktivisme sosial. Bahan e-pembelajaran yang bertajuk "Electricity" memuatkan pelbagai jenis sumber dan aktiviti pembelajaran berdasarkan KBSM. Sumber bahan pembelajaran disediakan mengikut hasil pembelajaran dengan menggunakan format powerpoint sementara bentuk aktiviti yang dimaksudkan dalam istilah Moodle ialah Quiz, Forum, Chat, Journal dan Assignment. Aktiviti-aktiviti ini membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru serta mendapat maklumbalas secara spontan. Persekitaran pembelajaran turut dimantapkan lagi dengan grafik dan animasi. Pembangunan ini diharapkan agar mendapat perhatian para pendidik lain untuk meneruskan projek ini agar Moodle dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar khususnya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Electricity, MOODLE, web portal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10553
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 11:01
Last Modified:08 Jun 2017 07:58

Repository Staff Only: item control page