Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Pelajar Program Pendidikan Fizik

Noordin, Shaharom and Mad Matar, Salwah (2010) Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Pelajar Program Pendidikan Fizik. Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Pelajar Program Pendidikan Fizik . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35Kb

Abstract

Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek yang penting yang perlu diberikan pertimbangan dan juga kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman PPK dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik. Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan. Dalam konteks kajian ini terdapat dua aspek dalam PPK yang dikaji iaitu aspek Fizik dan juga aspek Pedagogi. Manakala, pemboleh ubah yang terlibat adalah jantina dan program pengajian. Kajian ini telah dijalankan ke atas 35 orang pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kefahaman PPK adalah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (UPPPK). Alat kajian ini mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat latar belakang pelajar dan Bahagian B yang mengandungi 40 item berbentuk objektif yang disertai empat pilihan jawapan. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah a = .73. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman PPK secara keseluruhannya adalah sederhana. Tahap kefahaman PPK merentas jantina menunjukkan terdapat perbezaan iaitu pelajar lelaki berada pada tahap yang baik dan pelajar perempuan berada pada tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman PPK merentas program pengajian iaitu kedua-dua program pengajian berada pada tahap yang sederhana. Hubungan antara aspek Fizik dan Pedagogi pula didapati adalah lemah (r = .277) dan tidak bererti. Implikasi dari kajian ini, penyelidik berpendapat penambahbaikan ke atas reka bentuk kurikulum wajar dilakukan demi menghasilkan bakal guru Fizik yang cemerlang. Katakunci : pengetahuan pedagogi, fizik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengetahuan pedagogi, fizik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10551
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 10:56
Last Modified:21 Oct 2010 07:57

Repository Staff Only: item control page