Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular

Harun, Hafizah and Ibrahim, Wajihan (2010) Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular. Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
66kB

Abstract

Perisian multimedia menerusi web bagi subjek sains sukan tingkatan 5 bertajuk; sistem kardiovaskular ini dibangunkan dalam Bahasa Malaysia sebagai pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang interaktif diperingkat sekolah. Perisian ini menyediakan dua kaedah pembelajaran iaitu melalui teori kognitivisme dan konstruktivisme menerusi penggunaan elemen-elemen multimedia seperti, grafik, teks, audio, animasi dan video. Selain memberi kesan tarikan kepada pelajar, video dan animasi yang disediakan di dalam perisian ini, dapat memberi penerangan visual kepada pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Secara tidak langsung, ia dapat mempertingkatkan lagi daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Perisian ini dibangunkan menggunakan Macromedia Dreamweaver 8 dan Macromedia Fireworks dengan berpandukan Model ADDIE serta menyerapkan elemen-elemen model ARCS dalam fasa pembangunan perisian. Perisian ini merangkumi pautan utama iaitu halaman utama, kuliah, situasi, ujian, pembangun, peta laman dan bantuan. Pengujian dilakukan terhadap 6 orang pakar bidang menggunakan soal selidik untuk mendapat ulasan mengenai kesesuaian kandungan dan teknologi yang digunakan. Prototaip perisian multimedia menerusi web ini, dinilai oleh populasi sasaran (40 pelajar tingkatan 5 sekitar Johor Bahru) bagi mengetahui keberkesanan pembelajaran melalui perisian yang dibangunkan sebagai PBK diperingkat sekolah. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati hasil prototaip perisian adalah interaktif dan berjaya digunakan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah sebagai PBK kerana ianya memenuhi sukatan pelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Kesihatan serta penggunaan teknologi yang digunakan adalah mengikut tahap keupayaaan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:multimedia, sains sukan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10550
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 10:53
Last Modified:10 Aug 2017 03:39

Repository Staff Only: item control page