Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM

Buntat , Yahya and Jailani, Norervina (2010) Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM. Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Sukan merupakan aktiviti yang penting dan boleh menyumbangkan kepada kesihatan seseorang. Sehubungan itu, pengkaji telah menjalankan kajian bagi meninjau penglibatan pelajar wanita tahun akhir fakulti pendidikan dalam aktiviti sukan di UTM. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat minat terhadap sukan, kepentingan bersukan, persepsi pelajar wanita dalam sukan, faktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penglibatan dalam sukan. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan sampel kajian seramai 92 orang. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dan instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Cronbach’s Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.886. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa pelajar wanita berminat terhadap aktiviti sukan. Pelajar wanita juga menyedari akan kepentingan bersukan boleh menyihatkan tubuh badan dan menghindarkan daripada penyakit. Persepsi pelajar wanita terhadap sukan juga menunjukkan persepsi yang positif. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mendorong wanita dalam sukan seperti untuk menjaga kesihatan, pengaruh dari keluarga dan rakan sebaya serta minat. Terdapat juga faktor-faktor halangan untuk wanita terlibat dalam sukan seperti kekangan masa, ibu bapa dan bebanan kerja. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penglibatan pelajar perempuan, aktiviti sukan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10549
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 03:54
Last Modified:12 Oct 2010 03:54

Repository Staff Only: item control page