Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Kecerdasan Ruang Visual Bagi Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Tingkatan Empat

Tasir, Zaidatun and Rahmat, Norhayati (2010) Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Kecerdasan Ruang Visual Bagi Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Tingkatan Empat. Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Kecerdasan Ruang Visual Bagi Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra Tingkatan Empat . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
319kB

Abstract

Reformasi sistem pendidikan di Malaysia telah melahirkan Sekolah Bestari yang menekankan pembelajaran elektronik. Selaras dengan hasrat tersebut, sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan 4 telah dibangunkan. Pembelajaran berbantukan Komputer (PBK) telah terbukti berupaya menghasilkan satu proses pembelajaran yang menarik dan efektif. Setiap individu mempunyai kecerdaan yang berbeza mengikut teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983). Kajian ini bertujuan untuk membangunkan perisian multimedia yang berasaskan kepada kecerdasan ruang visual, iaitu satu daripada lapan kecerdasan yang dicadangkan oleh Howard Gardner (1983). Tajuk perisian multimedia yang telah dibangunkan ialah Garis dan Satah Dalam Tiga Matra Tingkatan Empat. Kelebihan utama perisian berasaskan kecerdasan ruang visual ini ialah ia dapat menarik minat dan perhatian pelajar melalui grafik dan imej yang disediakan. Pendekatan pembelajaran yang digunakan dalam perisian ini ialah penggunaan elemen visual sebagai media penyampaian maklumat dan beberapa aktiviti pembelajaran yang berasaskan visual. Perisian multimedia ini dibangunkan dengan menggunakan Authorware 7.0 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian- perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash MX dan Sound Forge 6.0. Diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memanfaatkan perisian multimedia ini dengan sepenuhnya bagi menyokong pembelajaran bersepadu dan menyeluruh, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kecerdasan ruang visual bagi garis dan satah dalam tiga matra
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10548
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 03:51
Last Modified:10 Aug 2017 04:00

Repository Staff Only: item control page