Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Othman, Nooraini and Abdul Rahman, Khairul Anuar (2010) Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Hubungan Antara Kompetensi Pensyarah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
108kB

Abstract

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan elemen-elemen kompetensi pensyarah iaitu asertif, suara, penggunaan audio-visual dan perlaksanaan aktiviti oleh pensyarah dan mengkaji hubungan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 43 responden yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan persampelan tidak rawak jenis bertujuan. . Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan periaian komputer, Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju bahawa asertif, suara, penggunaan audio-visual dan perlaksanaan aktiviti oleh pensyarah merupakan faktor kepada kompetensi pensyarah. Kajian juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kompetensi pensyarah dengan pencapaian akademik pelajar. Ini menunjukkan walaupun pelajar bersetuju keempat-empat elemen ini merupakan faktor kompetensi pensyarah, tetapi pencapaian akademik mereka tiada kaitan dengan faktor kompetensi pensyarah. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempersiapkan diri supaya menjadi seorang pendidik yang dinamik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kompetensi pensyarah, pencapaian akademik pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10547
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 03:49
Last Modified:12 Jun 2017 07:05

Repository Staff Only: item control page