Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sebuah Sekolah Di Skudai, Johor

Yasin, M. Al Muz-Zammil and Mat Sarih, Norhawani (2010) Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sebuah Sekolah Di Skudai, Johor. Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sebuah Sekolah Di Skudai, Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
111kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Skudai, Johor. Kajian ini memfokuskan kepada tiga persoalan kajian. Instrument kajian yang digunakan adalah borang soal selidik menggunakan Skala Likert. Soal selidik yang digunakan mengandungi Bahagian A yang terbahagi kepada tiga item dan Bahagian B pula mengandungi 24 item. Item dalam Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Dimensi dalam Bahagian B pula adalah berkaitan dengan penguasaan bahasa Inggeris, kaedah mengajar dan inisiatif sekolah. Seramai 68 orang pelajar tahun lima dari Sekolah Kebangsaan Mutiara Rini, Skudai terpilih sebagai responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS 15.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi pelajar sekolah rendah terhadap pengajaran Sains dan Matematik berada pada tahap tinggi bagi pengajaran guru dan inisiatif sekolah dengan purata skor masing-masing 3.70 dan 4.02. Manakala skor bagi penguasaan bahasa Inggeris pelajar pula berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.54.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10546
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 03:42
Last Modified:12 Oct 2010 03:42

Repository Staff Only: item control page