Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan Di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Daud, Khadijah and Rodzali, Ahmad Nadzri (2010) Faktor-Faktor Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan Di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. Faktor-Faktor Pelajar Berminat Mempelajari Mata Pelajaran Matematik Tambahan Di Sekolah Menengah Sains Muar, Johor. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
46kB

Abstract

Faktor-faktor pelajar berminat mempelajari Matematik Tambahan akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Pelajar yang berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan menunjukkan sikap yang positif untuk mempelajarinya. Oleh itu, kajian secara deskriktif ini bertujuan mengetahui faktor yang paling utama diantara empat faktor yang menyebabkan pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan. Seramai 100 orang responden dari empat buah kelas telah terlibat sebagai sampel. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Item-item dalam soal selidik berkaitan dengan faktor-faktor pelajar berminat mempelajari Matematik Tambahan yang dinilai dari aspek guru (penyampaian), rakan sebaya dan ibu bapa, persekitaran serta diri pelajar itu sendiri. Nilai kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.769. Data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Social Sciences” (SPSS Versi 15.0) untuk mencari min, peratus dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan faktor diri pelajar itu sendiri merupakan faktor yang paling utama yang menyebabkan pelajar mempelajari mata pelajaran Matematik Tambahan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor minat matematik tambahan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10545
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:12 Oct 2010 03:39
Last Modified:12 Oct 2010 03:39

Repository Staff Only: item control page