Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Program First Year Experience (FYE) Di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Serta Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Hushin, Hassan and Rahim, Idayati (2010) Pelaksanaan Program First Year Experience (FYE) Di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Serta Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pelaksanaan Program First Year Experience (FYE) Di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Serta Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Official URL: https://core.ac.uk/display/11785911/tab/similar-li...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti First YearExperience (FYE); mengenalpasti jenis atau bentuk aktiviti First Year Experience yang telahdijalankan di Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi serta FakultiSains Komputer dan Sistem Maklumat dan mengenalpasti perancangan Jawatankuasa First YearExperience dan pihak Pengajian Pra-Siswazah dalam pengurusan program First Year Experiencesupaya lebih sistematik dan efisien. Kajian ini melibatkan 254 orang pelajar tahun pertama diFakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi dan Fakulti Sains Komputerdan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan instrumen kajiansoal selidik yang terdiri daripada 20 soalan. Selain itu, tiga pihak yang terlibat dalam instrumenkajian temu bual yang terdiri daripada 10 soalan. Data yang diperolehi dianalisis secaradeskriptif. Aspek yang dikaji adalah tahap persepsi pelajar terhadap program First YearExperience yang dijalankan. Analisis mengikut item dilakukan dengan menggunakan StatisticalPackage Social Science (SPSS) versi 11.5. Hasil kajian mendapati tahap persepsi pelajar beradapada tahap sederhana iaitu dengan nilai min keseluruhan ialah 3.27. Manakala bagi maklumbalas temu bual pula mendapati ketiga-tiga orang responden bersetuju aktiviti yang dilakukanadalah meliputi pelbagai jenis bentuk iaitu taklimat, ceramah, kem motivasi, perkhemahan danbengkel. Mereka juga bersetuju perancangan Jawatankuasa FYE dan pihak PPS dalampengurusan program FYE supaya lebih sistematik dan efisien adalah melalui enam pendekataniaitu Living Learning Communities, Peer Mentoring, Enhanced First Year Classroom,Supplemental Instruction & Tutoring, Orientation and Focused First Year Experience Advising.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:First Year Experience (FYE)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10540
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Oct 2010 08:03
Last Modified:13 Mar 2017 04:00

Repository Staff Only: item control page