Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar 4SPH Dalam Bidang Keusahawanan

Othman, Nooraini and Misman, Siti Soleha (2010) Persepsi Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar 4SPH Dalam Bidang Keusahawanan. Persepsi Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Pelajar 4SPH Dalam Bidang Keusahawanan . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
70kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar 4SPH dalam bidang keusahawanan. Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada aspek kurikulum matapelajaran, persekitaran dan galakan keluarga dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang tersebut. Responden kajian ini terdiri daripada 127 orang pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Satu set borang soalselidik telah diedarkan kepada responden bagi mengumpul data yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Hasil dapatan menunjukkan faktor persekitaran paling mempengaruhi minat pelajar dalam bidang keusahawanan, diikuti dengan faktor kurikulum matapelajaran dan faktor galakan keluarga.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keusahawanan, minat
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10538
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Oct 2010 07:58
Last Modified:12 Jun 2017 07:30

Repository Staff Only: item control page