Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Bharu

Mohd Said, Mohd Rizal and Abdul Rahni, Salwa Munira (2010) Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Bharu. Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Bharu . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42Kb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru, Johor terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah. Seramai 90 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah ditahap sederhana berdasarkan kepada amalan pekerja dalam pengendalian makanan, kebersihan makanan, kebersihan persekitaran kantin dan kepelbagaian menu makanan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang turut dijalankan. Katakunci: kantin, kualiti, makanan, Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kantin, kualiti, makanan, Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai Baru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10537
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:11 Oct 2010 07:55
Last Modified:11 Oct 2010 07:55

Repository Staff Only: item control page