Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tahun 4 SPH (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan) (Kemahiran Hidup) Terhadap Bidang Usahawan Siswa

Hashim, Shahrin and Segar, Hemalatha (2010) Persepsi Pelajar Tahun 4 SPH (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan) (Kemahiran Hidup) Terhadap Bidang Usahawan Siswa. Persepsi Pelajar Tahun 4 SPH (Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan) (Kemahiran Hidup) Terhadap Bidang Usahawan Siswa . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
88Kb

Abstract

Usahawan dianggap sebagai penggerak kepada pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk meninjau persepsi pelajar 4 SPH terhadap bidang usahawan siswa. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti perbezaan minat terhadap bidang keusahawanan berdasarkan jantina, mengenalpasti sikap pelajar terhadap bidang keusahawanan, mengenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar dan mengenalpasti dorongan yang mempengaruhi pelajar. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden dan bahagian B adalah untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 40 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.792. Seramai 126 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS 16.0 untuk mendapatkan keputusan. Kajian mendapati bahawa persepsi pelajar 4SPH terhadap bidang usahawan siswa masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Aspek minat, aspek sikap, aspek ciri-ciri dan aspek dorongan yang diterima berada ditahap yang sederhana. Penambahbaikan perlu dilakukan agar mencapai ke peringkat yang lebih baik. Katakunci :usahawan siswa, persepsi pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:usahawan siswa, persepsi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10534
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Oct 2010 09:38
Last Modified:10 Oct 2010 09:38

Repository Staff Only: item control page