Ismail, Zaleha and Syed Amran, Syed Zul Helmi (2010) Pembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’. Pembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’ . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
207kB |
Abstract
’Dunia Matematik’ merupakan sistem e-pembelajaran yang dilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus matapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk ’Dunia Matematik’ menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan terbina semasa aktiviti sosial seperti perbincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini, sebanyak tujuh keluaran ‘Dunia Matematik’ telah dihasilkan. ‘Dunia Matematik’ dikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Isu Semasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Anda manakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik, Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Namun penulisan ini hanya tertumpu kepada dua ruangan Dunia Matematik iaitu “Sejarah” dan “Statistik”. Sejarah matematik adalah merupakan bidang yang patut diambil perhatian oleh pelajar kerana pembangun cuba membawa pelajar meneroka sendiri tentang sejarah perkembangan matematik dunia. Manakala bagi ruangan statistik pula akan membawa pembaca mengenali rahsia aplikasi statistik dalam kehidupan. Selain kepelbagaian artikel, “Dunia Matematik” turut menyediakan ruang komen dan chat sebagai ruang interaksi sesama pembaca. Diharapkan “Dunia Matematik” dapat dijadikan bahan pembacaan untuk meningkatkan kefahaman serta sikap positif dalam kalangan pembaca.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | statistik, sejarah, majalah web dinamik, Dunia Matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10531 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 10 Oct 2010 09:31 |
Last Modified: | 09 Aug 2017 08:19 |
Repository Staff Only: item control page