Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran Guru Pelatih Empat SPH Dalam Pengajaran Amali Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

Abu Bakar, Zainudin and Mohd Husnan, Huszaifah (2010) Kemahiran Guru Pelatih Empat SPH Dalam Pengajaran Amali Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Kemahiran Guru Pelatih Empat SPH Dalam Pengajaran Amali Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Abstract

Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti empat pembolehubah iaitu kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 40 item. Sampel kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 97 orang guru-guru pelatih 4SPH. Datadata yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Sciences) Versi 11.5 For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk statistik kekerapan,peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih 4SPH mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Ini membawa maksud guru pelatih mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan pengajaran amali. Bagi tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik mencadangkan kajian permasalahan yang dihadapi oleh bakal guru untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup di sekolah terutamanya yang melibatkan kerja amali di bengkel.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran guru pelatih, pengajaran amali, fakulti pendidikan,
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10530
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Oct 2010 09:29
Last Modified:09 Aug 2017 08:08

Repository Staff Only: item control page