Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Pendidikan Sains Di UTM

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Hassan, Hazira (2010) Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Pendidikan Sains Di UTM. Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Kursus Pendidikan Sains Di UTM . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49Kb

Abstract

Kaedah amali dalam pembelajaran sains adalah sangat penting bagi membantu pelajar memahami konsep sains yang dipelajari. Aktiviti amali ini melibatkan kemahiran manipulatif melalui pendedahan berkaitan pengendalian radas dan bahan dengan cara yang betul di samping menjadi sebahagian proses mencari fakta secara penyiasatan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi meninjau tahap penguasaan kemahiran manipulatif bakal guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai 27 orang pelajar tahun akhir kursus pendidikan sains dipilih sebagai responden. Borang soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan aspek kemahiran manipulatif. Data yang dianalisis digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan respon pelajar menjawab item. Hasil kajian menunjukkan responden mempunyai peratus penguasaan yang tinggi dalam kemahiran manipulative (80.3%). Selain itu, responden juga menyedari kepentingan kemahiran manipulatif ketika menjalankan amali di makmal. Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan. Katakunci: kemahiran manipulatif, pelajar tahun akhir, pendidikan sains.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran manipulatif, pelajar tahun akhir, pendidikan sains.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10529
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Oct 2010 09:26
Last Modified:10 Oct 2010 09:26

Repository Staff Only: item control page