Hamdan, Abdul Rahim and Shaari, Syazrina (2010) Pelaksanaan Kurikulum Kejuruteraan Awam Dalam Pembelajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM Skudai, Johor. Pelaksanaan Kurikulum Kejuruteraan Awam Dalam Pembelajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM Skudai, Johor . pp. 1-12. (Unpublished)
|
PDF
106Kb |
Abstract
Penyelidikan deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum kejuruteraan awam dalam pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) UTM, Skudai. Seramai 32 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) iaitu 17 orang merupakan pelajar Tahun 3 dan 15 orang merupakan pelajar Tahun 4 telah diambil sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah dibina berdasarkan empat aspek yang terdapat dalam kurikulum iaitu tempoh pengajaran dan pembelajaran, kandungan dan silibus mata pelajaran kejuruteraan awam, kaedah pengajaran yang dilaksanakan dan bahan pengajaran yang digunakan. Kajian rintis melibatkan 10 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam telah dijalankan dan nilai Alpha yang diperolehi ialah 0.943 dan dianggap sebagai soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai Alpha bagi setiap konstruk juga didapatkan. Statistik deskriptif min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus telah digunakan untuk menganalisa data. Dapatan kajian menunjukkan tempoh yang diperuntukkan untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kejuruteraan awam berada pada tahap sederhana sesuai bagi satu semester. Kandungan dan silibus mata pelajaran kejuruteraan awam dalam membantu kefahaman pelajar semasa pembelajaran adalah berada pada tahap sederhana sesuai. Keberkesanan kaedah pengajaran mata pelajaran kejuruteraan awam yang dilaksanakan adalah pada tahap sederhana berkesan dalam membantu pembelajaran pelajar. Manakala, keberkesanan bahan pengajaran yang digunakan dalam pengajaran mata pelajaran kejuruteraan awam adalah berada pada tahap sederhana berkesan dalam membantu pelajar di dalam pembelajaran mereka. Katakunci: kejuruteraan awam
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | kejuruteraan awam |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10525 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 10 Oct 2010 09:16 |
| Last Modified: | 10 Oct 2010 09:16 |
Repository Staff Only: item control page

