Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah

Abu, Baharin and Ismail @ Nawang, Hasnita (2010) Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
42kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup mengajar subjek Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah. Aspek kesediaan yang dikaji adalah pengajaran, pengetahuan bidang dan sikap terhadap subjek Kemahiran Hidup. Responden kajian adalah seramai 126 orang. Data kajian diperolehi daripada set soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences version 11.5 for Windows bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi), peratusan (%) dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup adalah tinggi (min: 3.99). Tahap kesediaan pengajaran guru pelatih berada pada tahap tinggi (min: 3.93), pengetahuan bidang tahap tinggi (min: 3.79) dan sikap tahap tinggi (min: 4.24). Disamping itu, cadangan dan kesimpulan kajian juga dibincangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: tahap kesediaan, guru pelatih,
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10523
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:57
Last Modified:09 Aug 2017 07:23

Repository Staff Only: item control page