Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru

Mustaffa, Mohamed Sharif and Abdul Ghani, Hazni (2010) Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Persepsi Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu Kajian Kes Di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48kB

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti persepsi pelajar mengenai masalah ponteng di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian dan diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada 266 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah di atas. Para pelajar ini dipilih secara rawak mudah. Analisis kajian dibuat berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statical Packages for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di kalangan pelajar ialah faktor diri, faktor hubungan keluarga dan faktor prasarana sekolah. Beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian lanjutan dan kepada pihak sekolah dalam menangani masalah ponteng.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, punca ponteng
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10522
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:55
Last Modified:29 May 2017 01:37

Repository Staff Only: item control page