Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan

Abdullah, Christina Andin @ Nur Qistina and Ali, Hazman (2010) Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data prima yang dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian “Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Analisis dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah. Guru juga mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan komputer. Katakunci : teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), guru sekolah kebangsaan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), guru sekolah kebangsaan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10521
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:53
Last Modified:09 Oct 2010 11:53

Repository Staff Only: item control page