Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kursus Keusahawanan-Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Beddu Halike, HasmaShahrin (2010) Kursus Keusahawanan-Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah. Keperluan Kursus Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keperluan kursus keusahawanan dalam kalangan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kursus yang paling diperlukan berkaitan pengurusan perniagaan, pengurusan pemasaran, pengurusan kewangan dan pengurusan operasi. Seramai 50 orang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah telah diambil sebagai responden. Dapatan kajian diproses menggunakan SPSS versi 16 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil kajian ini mendapati usahawan IKS Bumiputera Sabah memerlukan kursus berkaitan keusahawanan bagi memajukan lagi perniagaan mereka pada masa hadapan. Kursus yang paling diperlukan oleh usahawan adalah berkaitan dengan pengurusan operasi dengan min 4.15, diikuti dengan kursus pengurusan perniagaan dan pengurusan pemasaran 4.10, dan pengurusan kewangan 4.07. Katakunci : keperluan kursus keusahawanan, Usahawan Industry Kecil Dan Sederhana (IKS)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:keperluan kursus keusahawanan, Usahawan Industry Kecil Dan Sederhana (IKS)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10519
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:49
Last Modified:09 Oct 2010 12:22

Repository Staff Only: item control page