Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perisian Multimedia Berasaskan Cd-Rom Bertajuk Angles Of Elevation And Depression Matematik Tingkatan 4 Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai

Ali, Mohamad Bilal and Mustapa, Hasnida (2010) Perisian Multimedia Berasaskan Cd-Rom Bertajuk Angles Of Elevation And Depression Matematik Tingkatan 4 Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Perisian Multimedia Berasaskan Cd-Rom Bertajuk Angles Of Elevation And Depression Matematik Tingkatan 4 Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
37kB

Abstract

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian aplikasi multimedia bagi subtopik Angles of Elevation and Depression matapelajaran Matematik Tingkatan 4 berdasarkan teori kecerdasan pelbagai. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk menyediakan satu alternatif pembelajaran kepada guru dan pelajar selain masyarakat luar yang ingin mempelajari topik ini. Rekabentuk perisian ini adalah berdasarkan kepada model Hannafin & Peck (1988) yang melibatkan tiga fasa utama. Teori kecerdasan pelbagai telah diterapkan ke dalam perisian ini. Pembangunan perisian ini adalah menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 yang menggabungkan elemen multimedia seperti teks, animasi, grafik, audio dan video ke dalam perisian untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Perisian sokongan yang turut digunakan adalah Adobe Photoshop CS, Macromedia Flash MX 2004 dan Swishmax beserta Sound Forge. Satu sesi penilaian perisian terhadap reka bentuk skrin dijalankan yang melibatkan tiga rakan sebaya dan mereka bersetuju dengan reka bentuk yang digunakan di dalam perisian ini. Diharapkan perisian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:multimedia, teori kecerdasan pelbagai
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10518
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:47
Last Modified:09 Aug 2017 06:36

Repository Staff Only: item control page