Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan web portal berasaskan MOODLE Bertajuk Understanding the human nervous system sains tingkatan empat

Jonid, Muslim and Soh, Pea Ling (2010) Pembangunan web portal berasaskan MOODLE Bertajuk Understanding the human nervous system sains tingkatan empat. Pembangunan Web Portal Berasaskan MOODLE Bertajuk Understanding The Human Nervous System Sains Tingkatan Empat . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
105kB

Abstract

E-pembelajaran atau dikenali sebagai elearning telah berkembang pesat di dunia pendidikan. Pembelajaran melalui web portal merupakan satu pembelajaran yang berkesan kerana ia adalah berpusatkan pelajar dan pelajar akses kendiri dalam memilih bahan e-pembelajaran. Untuk menggalakkan budaya e-pembelajaran berlaku di kalangan pelajar, satu projek pembinaan web portal bagi tajuk Understanding the Human Nervous System Sains Tingkatan Empat telah dilaksanakan. Projek ini memilih satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE. Web portal yang berasaskan MOODLE telah diisikan dengan banyak jenis sumber dan bahan e-pembelajaran yang mengikut sukatan pelajaran KBSM. Microsoft Office Powerpoint 2007 telah dijadikan platform utama dalam membina bahan e-pembelajaran. Sistem dalam web portal MOODLE ini dianggap menyokong prinsip konstruktivisme sosial dimana pelajar boleh berinteraksi dengan sistem melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti Quiz, Lesson, Chat, Forum, Assignment, Journal, Choices dan Survey. Selain itu, penggunaan web portal ini tidak terhad kepada pelajar sahaja malah para guru juga boleh mendapat bahan e-pembelajaran untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas. Satu penilaian formatif yang berbentuk Penilaian Secara Individu telah dijalankan di kalangan dua orang guru di sekolah-sekolah terpilih di daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan ialah borang senarai semak. Hasil daripada temuduga yang dilakukan menunjukkan bahawa web portal dan bahan e-pembelajaran ini adalah sesuai untuk digunakan oleh pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:MOODLE, web portal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10517
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:09 Oct 2010 11:32
Last Modified:24 May 2012 01:22

Repository Staff Only: item control page