Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera (tingkatan 4) di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru

Yahaya, Azizi and Omar, Hassan (2008) Permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera (tingkatan 4) di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial Makhota Hotel Melaka 2007. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui permasalahan yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru . Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dan Sekolah Menengah Teknik Tanjong Puteri. Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 150 orang responden. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel tidak rawak bertujuan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti terhadap 30 orang responden, dan nilai alpha cronbach adalah 0.87. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Kolerasi Pearson, Anova, Peratus, Min, Sisihan Piawai dan Ujian-t telah digunakan untuk menguji persoalan-persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan masalah disiplin adalah masalah yang paling dominan diikuti masalah rakan sebaya dan masalah keluarga yang mempengaruhi pencapaian pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar bumiputera. Walaupun begitu, kesemua masalah di dapati tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik kecuali masalah disiplin. Kajian juga mendapati tahap pencapaian pelajar adalah pada tahap rendah. Kajian juga mendapati bahawa tidak tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin mengikut jantina dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah keluarga, masalah rakan sebaya dan masalah disiplin dikalangan pelajar bumiputera dengan tahap pendidikan ibu bapa. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan susulan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:masalah disiplin, pencapaian akademik pelajar bumiputera
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10512
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:09 Oct 2010 05:48
Last Modified:17 Mar 2020 08:24

Repository Staff Only: item control page