Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu

Rajuddin, Muhd Rashid and Alias, Fazlee (2010) Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu. Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
96kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap amalan asas pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik menerusi tinjauan terhadap tahap amalan pengurusan sumber manusia, pengurusan pemasaran, penggunaan teknologi dan pengurusan kewangan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan instrumen yang digunakan untuk mengutip data ialah soal selidik yang mengandungi 40 item. Sampel kajian adalah terdiri daripada 80 orang pengusaha batik yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Kelantan. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik analisis deskriptif iaitu kekerapan dan peratus dan bagi memudahkan penganalisaan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences) version 15.0 for windows digunakan. Purata peratus keseluruhan bagi setiap amalan pengurusan yang diperolehi dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan asas pengurusan perniagaan di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) pengusaha batik adalah berada pada tahap yang sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap pengurusan perniagaan, industry kecil dan sederhana (IKS), pengusaha batik, Kota Bharu
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10511
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Oct 2010 06:58
Last Modified:08 Aug 2017 08:28

Repository Staff Only: item control page