Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis Dan Kefahaman Masyarakat Tentang Sains

Arshad, Mohammad Yusof and Ma’od, Florina Joane (2010) Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis Dan Kefahaman Masyarakat Tentang Sains. Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis Dan Kefahaman Masyarakat Tentang Sains . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
30kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap imej saintis dan kefahaman masyarakat tentang sains. Seramai 155 orang responden yang berlainan jantina, kawasan kediaman, sektor pekerjaan dan tahap pendidikan. Kajian ini menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik mengenai kefahaman tentang sains dan ‘Draw-a-Scientist-Test’ (DAST) bagi mengkaji persepsi masyarakat terhadap imej saintis. Analisis dilakukan secara berkomputer dengan menggunakan program SPSS versi 10.0. Keputusan mendapati persepsi masyarakat terhadap imej saintis masih lagi stereotaip namun imej saintis yang lebih positif ditonjolkan. Keputusan juga mendapati bahawa kefahaman masyarakat tentang sains masih lagi berada di tahap sederhana dengan peratusan purata 65.32%. Oleh yang demikian, hasil penyelidikan ini merumuskan bahawa persepsi masyarakat terhadap imej saintis masih lagi stereotaip dan kefahaman masyarakat tentang sains adalah sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi masyarakat, imej saintis
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10510
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Oct 2010 06:55
Last Modified:08 Aug 2017 08:24

Repository Staff Only: item control page