Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Latih Tubi Interaktif Matematik Tingkatan Dua KBSM Berasaskan Aras Kognitif Bloom

Tasir, Zaidatun and Wahab, Haslina (2010) Pembangunan Perisian Latih Tubi Interaktif Matematik Tingkatan Dua KBSM Berasaskan Aras Kognitif Bloom. Pembangunan Perisian Latih Tubi Interaktif Matematik Tingkatan Dua KBSM Berasaskan Aras Kognitif Bloom . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
79Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian latih tubi bagi subjek Matematik Tingkatan Dua KBSM yang merangkumi topik ‘Directed Number’ sehingga topik ‘Pytagoras Theorem’ yang mengambilkira pengintegrasian proses Pembelajaran Masteri melalui kaedah latih tubi. Pada dasarnya, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan latih tubi dan bersifat interaktif memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama. Justeru itu, dengan membangunkan perisian ini masa dan kos dapat dijimatkan. Perisian ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu bahan dalam pengajaran terutamanya bagi guru yang mahu menggunakan pendekatan secara pembelajaran masteri. Ini adalah kerana, perisian ini menekankan kepada penguasaan pengetahuan pada satu peringkat sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya. Melalui perisian yang dibina, pelajar boleh memilih mana-mana pilihan menu latihan yang disediakan mengikut kemahuan masing-masing. Perisian yang dibangunkan adalah berkonsepkan permainan untuk menarik minat pelajar menggunakannya dan seterusnya memberikan persekitaran yang baru dalam pembelajaran yang berasaskan latih tubi. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pengarangan Authorware 7.0 dan perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS3 dan Switch Sound File Converter. Perisian ini berpotensi untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Matematik dan memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik dan interaktif. Katakunci : perisian latih tubi, interaktif matematik, KBSM, aras kognitif Bloom

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian latih tubi, interaktif matematik, KBSM, aras kognitif Bloom
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10509
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Oct 2010 06:53
Last Modified:08 Oct 2010 06:53

Repository Staff Only: item control page