Abu, Baharin and Mohd Salleh @ Yaakob, Hamiza (2010) Faktor-Faktor Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Sepenuh Masa, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Faktor-Faktor Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Sepenuh Masa, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
46kB |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti lima faktor mendorong stres dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Lima faktor yang dikaji adalah hubungan kekeluargaan, persekitaran pembelajaran, kewangan, pengurusan masa dan kemahiran belajar. Responden kajian ini terdiri daripada 48 orang guru yang mengikuti prorgrm Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah diproses menggunakan perisian SPPS versi 15.0 dan dihuraikan dalam bentuk peratusan dan min. Hasil keputusan kajian menunjukkan faktor kewangan (min = 3.01) merupakan faktor yang lebih mendorong stres di kalangan guru PKPG berbanding dengan faktor-faktor lain iaitu pengurusan masa (min = 2.83), kemahiran belajar (min = 2.75), hubungan kekeluargaan (min = 2.65) dan persekitaran pembelajaran (min = 2.48). Faktor kewangan berada ditahap stres yang tertinggi manakala faktor pengurusan masa, faktor kemahiran belajar, faktor hubungan kekeluargaan dan faktor persekitaran pembelajaran berada ditahap stres sederhana. Ini menunjukkan faktor kewangan perlu diambil berat oleh guru PKPG dengan membuat persiapan kewangan keluarga sebelum mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | stress, Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), fakulti pendidikan. |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10508 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 08 Oct 2010 06:51 |
Last Modified: | 08 Aug 2017 08:11 |
Repository Staff Only: item control page