Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Ripin, Nasir and Bohri, Harpah (2010) Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Amalan Memberi Salam Dikalangan Pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
93kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kefahaman, penghayatan dan tatacara berkaitan dengan salam. Seramai 128 orang pelajar Islam Tahun 4, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah dipilih secara rawak berkelompok bagi mewakili responden kajian. Set soal selidik yang mengandungi 36 item telah diedarkan kepada responden. Soal selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A, B,C dan D. Hasil kajian dinilai berdasarkan lima skala Likert dan data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 15.00 for Windows secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang digunakan. Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.832. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan responden memberikan respon yang positif terhadap tiga aspek kajian kerana mencatat nilai min yang berada pada tahap tinggi. Aspek berkaitan dengan kefahaman tentang salam menurut Islam mencatat nilai min 4.28, tahap penghayatan pelajar terhadap amalan memberi salam mencatat nilai min 3.87 dan tatacara memberi dan menjawab salam menurut Islam mencatat nilai min 3.80. Oleh yang demikian, sebagai pengukuhan dan penambahbaikkan kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:salam, pelajar Islam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10507
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Oct 2010 06:48
Last Modified:08 Aug 2017 08:07

Repository Staff Only: item control page