Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek.

Saud, Muhammad Sukri and Amin, Siti Aishah (2010) Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
35kB

Abstract

Proses pembelajaran dan pembelajaran menerusi web mula mendapat perhatian para guru dan pelajar di seluruh dunia sejak awal 90’an lagi. Kementerian Pelajaran Malaysian pula turut mengorak langkah mengaplikasikan sistem pembelajaran berasaskan web ini di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Laman web pembelajaran AutoCAD 2D ini dibangunkan dengan tujuan untuk menambahkan lagi bilangan laman web rujukan bagi pelajar Sekolah Menengah Aliran Teknik dan Vokasional serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Kaedah pengajaran di dalam web ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek di mana pelajar mempelajari kemahiran dan pengetahuan berasaskan projek-projek yang bersesuaian. Rekabentuk antaramuka bergrafiknya direka berdasarkan elemen-elemen grafik dan multimedia yang interaktif agar dapat menarik perhatian pelajar agar terus melayari laman web ini. Laman web ini juga mengaplikasikan Teori Pembelajaran Andragogi, Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Teori Pembelajaran Kognitif. Kombinasi kaedah pembelajaran berikut turut digunakan iaitu Pembelajaran Kolaboratif, Pembelajaran Anjal (fleksibel), Pembelajaran Aktif dan Pembelajaran Reflektif bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif dan berkesan. Laman web ini juga dibangunkan berdasarkan prinsip dan panduan yang digariskan dalam model ADDIE.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: AutoCAD 2D, lukisan kejuruteraan, web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10503
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Oct 2010 06:37
Last Modified:08 Aug 2017 07:43

Repository Staff Only: item control page