Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Mohamed Salleh, Siti Fatihah (2010) Kesediaan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah. Kesediaan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
71kB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesediaan guru di dua buah sekolah menengah di daerah Kota Baharu dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah. Sistem ini dilaksanakan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan menggantikan sistem sedia ada iaitu sistem berasaskan peperiksaan. Oleh itu, aspek yang dikaji dalam sistem ini merangkumi lima aspek iaitu personality pelajar, kegiatan kokurikulum, penilaian berasaskan peperiksaan peringkat sekolah, peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan peperiksaan awam. Selain itu, perbezaan kesediaan di antara jantina menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kesediaan di antara guru lelaki dan perempuan. Sampel kajian yang dipilih adalah seramai enam puluh orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan iaitu tingkatan tiga dan lima. Responden ini dipilih kerana mereka mengajar kelas peperiksaan dan dapat memberikan pendapat mengenai kelima-lima objektif kajian. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A iaitu maklumat diri responden mempunyai 4 soalan dan Bahagian B mengandungi 30 soalan berdasarkan objektif kajian. Analisis data pula adalah menggunakan perisian “Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 16.0” bagi mendapatkan min dan peratusan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang guru untuk menguji kebolehpercayan instrumen kajian dan nilai kebolehpercayaan yang didapati adalah tinggi iaitu 0.902. Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kesediaan dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10502
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Oct 2010 06:33
Last Modified:08 Aug 2017 07:29

Repository Staff Only: item control page