Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelatih Kurang Upaya Akal Terhadap Masalah Pembelajaran Yang Dihadapi Semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional Di Taman Sinar Harapan,Cheras

Rajuddin, Muhammad Rashid and Mohd Kamaruzaman, Fathiyah (2010) Persepsi Pelatih Kurang Upaya Akal Terhadap Masalah Pembelajaran Yang Dihadapi Semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional Di Taman Sinar Harapan,Cheras. Persepsi Pelatih Kurang Upaya Akal Terhadap Masalah Pembelajaran Yang Dihadapi Semasa Mengikuti Latihan Kemahiran Vokasional Di Taman Sinar Harapan,Cheras . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
61kB

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelatih kurang upaya akal terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di Taman Sinar Harapan, Cheras. Penyelidikan ini mempunyai lima objektif iaitu untuk mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap masalah pembelajaran dari aspek penghargaan kendiri, kurikulum latihan kemahiran vokasional, kemudahan pembelajaran dan sokongan daripada masyarakat (ibu bapa, tenaga pengajar). Bagi objektif kelima, ianya adalah bertujuan untuk mengenalpasti pandangan pelatih kurang upaya akal terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional mengikut jantina. Instrumen digunakan dalam penyelidikan deskriptif ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi 4 item berkenaan latarbelakang pelatih. Bahagian B mengandungi 25 item berkenaan masalah pembelajaran yang dihadapi semasa mengikuti latihan kemahiran vokasional di institusi ini. Item-item ini dibina berdasarkan soalan kajian. Keesahan soal selidik diperolehi melalui pengesahan daripada pakar dalam bidang ini. Data terkumpul diuji secara manual iaitu menggunakan Microsoft Word 2007 dan ianya dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelatih kurang upaya akal tidak mempunyai masalah pembelajaran dari aspek kurikulum latihan kemahiran vokasional, kemudahan pembelajaran dan sokongan daripada masyarakat (ibu bapa, tenaga pengajar) dengan peratusan pada tahap tinggi iaitu sebanyak 75 peratus, 83 peratus dan 81.43 peratus. Para pelatih juga tidak mempunyai masalah pembelajaran bagi aspek penghargaan kendiri tetapi peratusannya berada pada tahap sederhana iaitu sebanyak 61.43 peratus.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pelatih kurang upaya akal, latihan kemahiran vokasional
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10501
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Oct 2010 07:06
Last Modified:08 Aug 2017 07:25

Repository Staff Only: item control page