Sharifuddin, Rio Sumarni and Huyop, Fauziah (2010) Pelaksanaan Reka Bentuk Instruksi Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Daerah Muar Johor. Pelaksanaan Reka Bentuk Instruksi Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Sekitar Daerah Muar Johor . pp. 1-6. (Unpublished)
|
PDF
27kB |
Abstract
Kajian ini mengkaji pelaksanaan reka bentuk instruksi di kalangan guru-guru sekolah menengah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini melibatkan 105 orang responden guru-guru sekolah menengah. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert bagi mengukur pelaksanaan reka bentuk instruksi bagi setiap fasa. Fasa-fasa tersebut ialah fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan, dan juga fasa penilaian. Dapatan kajian mendapati kelima-lima fasa tersebut mencatatkan nilai min melebihi 3.5 iaitu fasa analisis dengan nilai min 4.158, fasa reka bentuk dengan nilai min 3.88, fasa pembangunan dengan nilai min 3.796, fasa pelaksanaan dengan nilai min 3.527, dan fasa penilaian dengan nilai minnya 3.954. Pelaksanaan reka bentuk instruksi secara umum mencatatkan nilai min 3.773. Keseluruhannya, guruguru sekolah menengah di sekitar Daerah Muar ini memahami tetapi tidak melaksanakan reka bentuk instruksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian juga mendapati, hubungan di antara fasa pembangunan dan fasa pelaksanaan dengan konsep reka bentuk instruksi ini adalah lemah, tetapi sebaliknya bagi fasa analisis, reka bentuk, dan juga penilaian. Di samping itu, kajian ini juga mengemukakan cadangan kajian lain seperti mengkaji keberkesanan pelaksanaan reka bentuk instruksi di kalangan guru-guru mengikut mata pelajaran yang diajar. Dengan itu, pihak yang berkaitan hendaklah memberi penerangan serba sedikit tentang reka bentuk instruksi supaya ia dapat dilaksanakan semasa mengajar.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | reka bentuk instruksi, guru-guru sekolah menengah |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10499 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 07 Oct 2010 07:02 |
Last Modified: | 08 Aug 2017 06:53 |
Repository Staff Only: item control page