Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya Tahan Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji Dan Umrah

Omar, Abdul Hafidz and Khalil, Fakhrul Anwar (2010) Kesan Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya Tahan Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji Dan Umrah. Kesan Kecergasan Kardiovaskular Dan Daya Tahan Otot Kaki Melalui Latihan Simulasi Haji Dan Umrah . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur dan membuat perbandingan kesan latihan menggunakan Simulasi Bakal Haji dan Umrah terhadap kecergasan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Seramai 10 orang subjek telah dipilih secara rawak dikalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor sebagai subjek kajian. Subjek tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen (n=5) dan kumpulan kawalan (n=5). Ujian larian 2.4 kilometer dilakukan terhadap subjek sebelum dan selepas menjalani latihan simulasi bagi mengukur tahap kecergasan kardiovaskular subjek manakala ujian Wall Squat dijalankan terhadap subjek bagi mengukur tahap daya tahan otot kaki sebelum dan selepas menjalani latihan. Semua data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 11.5.0 dan Microsoft Excel 2003. Data dianalisa menggunakan Paired Sample T-Test pada tahap signifikan p<0.05 untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang signifikan bagi tahap kecergasan kardiovaskular p=0.007, dan daya tahan otot kaki p=0.003 bagi kumpulan eksperimen di mana aras p lebih rendah dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05.Manakala tidak terdapat perubahan yang signifikan bagi tahap kecergasan kardiovaskular p=0.248, dan daya tahan otot kaki p=0.646 bagi kumpulan kawalan di mana nilai p adalah lebih tinggi dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu p<0.05.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10498
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Oct 2010 07:00
Last Modified:11 Jun 2017 07:25

Repository Staff Only: item control page