Ismail, Zaleha and Zaidan, Arinah (2010) Pembangunan Ruangan Rekreasi Dan Aplikasi Kehidupan Seharian Dalam Majalah Web Dinamik ‘Dunia Matematik’. Pembangunan Ruangan Rekreasi Dan Aplikasi Kehidupan Seharian Dalam Majalah Web Dinamik ‘Dunia Matematik’ . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
36kB |
Abstract
Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar di sekolah. Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan dimana pembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat berguna untuk menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber terbuka. Namun begitu, penulisan ini hanya berfokus kepada dua ruangan iaitu Rekreasi dan Aplikasi Kehidupan Seharian. Ruangan aplikasi kehidupan seharian menerangkan aplikasi matematik yang terdapat dalam kejuruteraan, sukan dan sebagainya, antaranya pemarkahan dalam boling. Manakala ruangan rekreasi pula menyediakan pelbagai permainan dan uji minda yang berkaitan matematik supaya pengguna dapat mempelajari matematik dengan cara yang terhibur. Antaranya, permainan Coffee Shop yang menekankan konsep membuat keputusan dalam matematik manakala Crazy Cube pula menggunakan konsep pemikiran secara logik. Oleh itu, diharapkan kewujudan Dunia Matematik dapat memupuk sikap positif dan penghargaan terhadap matematik dalam komuniti Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | e-pembelajaran, matematik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10494 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 07 Oct 2010 06:48 |
Last Modified: | 08 Aug 2017 04:29 |
Repository Staff Only: item control page