Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Kimia, Tingkatan 4, Electrochemical Series Berdasarkan Teori Konstruktivisme

Yahaya, Noraffandy and Hishamuddin, Fatimah (2010) Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Kimia, Tingkatan 4, Electrochemical Series Berdasarkan Teori Konstruktivisme. Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Kimia, Tingkatan 4, Electrochemical Series Berdasarkan Teori Konstruktivisme . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Abstract

Perkembangan teknologi komputer pada masa kini banyak memudahkan kehidupan dalam pelbagai aspek. Komputer juga banyak diaplikasikan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Sebuah perisian multimedia bagi tajuk “electrochemical series” telah dibangunkan berdasarkan teori konstruktivisme. Tujuan perisian ini dibangunkan ialah untuk meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap sub topik ini di samping memberikan satu suasana baru kepada pelajar. Perisian ini juga boleh digunakan sebagai suatu sumber tambahan kepada pelajar untuk mengulangkaji sub topik ini. Selain itu, perisian ini banyak menekankan pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme di mana memberi peluang kepada pelajar melaksanakan dan meneroka pembelajaran mereka sendiri. Kelebihan perisian ini ialah ia dibangunkan berdasarkan pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri dalam perisian ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran saintifik dalam menjalankan eksperimen. Perisian multimedia ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Flash Professional 8 dan beberapa perisian lain seperti Adobe Photoshop Cs dan Sound Forge. Perisian multimedia ini juga menerapkan pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan animasi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kimia, multimedia, teori konstruktivisme
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10493
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:07 Oct 2010 06:46
Last Modified:07 Aug 2017 08:58

Repository Staff Only: item control page