Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Profil Gaya Didikan Ibu Bapa Pelajar Cemerlang Berbanding Pelajar Lemah

Md. Johan, Othman and Md. Nazeri, Normalina (2010) Profil Gaya Didikan Ibu Bapa Pelajar Cemerlang Berbanding Pelajar Lemah. Profil Gaya Didikan Ibu Bapa Pelajar Cemerlang Berbanding Pelajar Lemah . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
135kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji profil gaya didikan ibu bapa pelajar cemerlang berbanding dengan pelajar lemah. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Musa di Kuala Kangsar, Perak. Jumlah sampel kajian ini terdiri daripada 56 orang pelajar cemerlang dan 44 orang pelajar lemah. Alat ukur yang digunakan untuk mengkaji gaya didikan ialah soal selidik ”Gaya Keibubapaan” yang disediakan oleh Phil, M. (2008). Alat ukur ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan berdasarkan kajian rintis yang dijalankan, nilai Cronbanch Alpha yang diperolehi bagi gaya didikan autoritarian ialah 0.651, gaya didikan autoritatif pula 0.800 dan gaya didikan permisif ialah 0.722. Perisian ‘Stastical Package for The Social Science (SPSS) version 14.0’ digunakan untuk memperolehi kekerapan, peratusan dan nilai min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang dan pelajar lemah menerima gaya didikan autoritatif sebagai gaya didikan utama. Walau bagaimanapun, pelajar cemerlang menerima ciri-ciri gaya didikan ini lebih banyak berbanding pelajar lemah. Dapatan kajian ini memberi manfaat kepada ibu bapa khususnya dalam menggunakan gaya didikan yang sesuai agar dapat membantu perkembangan kognitif, pembinaan personaliti, proses pembelajaran dan pencapaian akademik anak-anak mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ibu bapa, gaya didikan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10489
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Oct 2010 06:42
Last Modified:07 Aug 2017 08:29

Repository Staff Only: item control page