Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Mohd. Amin, Nor Fadila and Chiew, Kai Wan (2010) Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77kB

Official URL: http://www.academia.edu/6172403/PERSEPSI_GURU_TERH...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah jenis kebangsaan cina. Kajian ini memberi fokus kepada 3 aspek utama iaitu persepsi guru terhadap penggunaan perisian multimedia, kesan penggunaan perisian multimedia dan kekangan yang dihadapi oleh guru semasa penggunaan perisian multimedia telah dikaji. Kajian yang berbentuk deskriptif ini melibatkan 16 orang guru di sekolah jenis kebagsaan cina di daerah Kuala Kangsar, Perak. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik berstruktur yang mengandungi 37 item yang menggunakan maklum balas skala Likert 5 poin. Nilai koefisien kebolehpercayaan, alpha cronbach bagi soal selidik adalah 0.65. Data-data yang diperoleh seterusnya dianalisis bagi mendapatkan nilai peratusan dan frekuensi melalui perisian Pakej Statistik bagi Sains Sosial (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru mempunyai pandangan yang positif terhadap penggunaan perisian multimedia Kemahiran Hidup. Selain itu, penggunaan perisian multimedia Kemahiran Hidup memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru semasa penggunaan perisian multimedia Kemahiran Hidup adalah kemahiran ICT guru dan juga masalah teknikal perisian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:multimedia, pembelajaran, pengajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10488
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Oct 2010 06:40
Last Modified:23 Feb 2017 07:33

Repository Staff Only: item control page