Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Persekitaran UTM Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar Di Fakulti Pendidikan

Abdul Rahman, Mohd Anuar and Abdul Hamid, Norshahril (2010) Kesan Persekitaran UTM Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar Di Fakulti Pendidikan. Kesan Persekitaran UTM Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar Di Fakulti Pendidikan . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
72kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat kesan persekitaran di UTM dalam membangunkan emosi pelajar. Lima faktor persekitaran yang diamalkan ialah Hal Ehwal Pelajar (HEP), pengaruh rakan sebaya, budaya fakulti, kolej kediaman dan kokurikulum. Seramai 220 orang pelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan, UTM telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 45 item digunakan untuk mendapatkan data kajian. Kajian rintis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik adalah 0.79. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Version 12.0 bagi mendapatkan nilai diskriptif dan inferensi-inferensi. Min keseluruhan yang diperolehi menunjukkan kesan persekitaran UTM dalam membangunkan emosi pelajar berada pada tahap tinggi (3.80). Faktor persekitaran yang paling dominan adalah faktor pengaruh rakan sebaya dengan min keseluruhan 4.21, diikuti oleh peranan kokurikulum (4.03), Kolej kediaman pelajar (3.73), budaya fakulti (3.58) dan terakhir adalah HEP (3.47). Hasil daripada Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan diantara faktor persekitaran UTM berdasarkan perbezaan jantina. Melalui korelasi Pearson, r pula menunjukkan nilai signifikan adalah lebih kecil daripada 0.01. Maka ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktorfaktor persekitaran dalam membangunkan emosi pelajar. Hasil dapatan dirumuskan bagi menghasilkan satu gambaran yang jelas mengenai kesan faktor persekitaran di UTM terhadap pembangunan emosi pelajar. Akhirnya beberapa cadangan dikemukakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat agar memantapkan lagi perlaksanaan dalam programprogram dan aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam membangunkan emosi pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:emosi, persekitaran, UTM
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10487
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Oct 2010 06:37
Last Modified:07 Aug 2017 04:52

Repository Staff Only: item control page