Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Kekuatan Bahagian Atas Dan Kelajuan Menggerakkan Kerusi Roda Menaiki Laluan Khas Di Kalangan Kanak-Kanak Cerebral Palsy

Ibrahim , Halijah and Md Azhari, Azrina (2010) Hubungan Kekuatan Bahagian Atas Dan Kelajuan Menggerakkan Kerusi Roda Menaiki Laluan Khas Di Kalangan Kanak-Kanak Cerebral Palsy. Hubungan Kekuatan Bahagian Atas Dan Kelajuan Menggerakkan Kerusi Roda Menaiki Laluan Khas Di Kalangan Kanak-Kanak Cerebral Palsy . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
51kB

Abstract

Kekuatan bahagian atas badan sangat mempengaruhi kelajuan pengguna kerusi roda menggerakkan kerusi roda menaiki laluan khas. Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan kekuatan bahagian atas badan pengguna kerusi roda dan kelajuan menggerakkan kerusi roda pada dua laluan khas utama di Sekolah Spastik Johor dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah Cerebral Palsy. Laluan tempat kajian adalah laluan khas menghala ke Dewan Besar dan Bilik Fisioterapi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kesesuaian penggunaan dan pembinaan laluan khas untuk pelajar-pelajar kurang upaya di sekolah tersebut. Kaedah eksperimental dilaksanakan ke atas 4 orang pelajar lelaki. Setiap pelajar menjalani ujian 'Bench Press' dan ujian kepantasan menggerakkan kerusi roda di laluan yang dipilh. Penganalisaan data adalah menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kekuatan bahagian atas badan dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di bahagian B pada laluan khas menghala ke Dewan Besar (r = 0.955, p = .045, p< 0.05) dan Bilik Fisioterapi (r =0.957, p = .043, p< 0.05). Walaubagaimanapun tidak terdapat hubungan signifikan diantara kekuatan bahagian atas badan dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di bahagian A bagi laluan khas di Dewan Besar (r = 0.927, p = .073, p> 0.05) dan Bilik Fisioterapi (r = 0.919, p = .081, p> 0.05). Ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan kekuatan bahagian atas badan adalah berbeza bagi setiap bahagian laluan khas yang dibina. Pengguna kerusi roda menggunakan kekuatan bahagian atas badan yang maksimum pada bahagian B berbanding bahagian A di setiap laluan khas yang dibina. Hasil kajian turut mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara berat badan subjek dan kelajuan menggerakkan kerusi roda di kedua-dua laluan khas di sekolah tersebut.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: kekuatan, kelajuan pengguna kerusi rodal Cerebral Palsy
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10482
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Oct 2010 05:43
Last Modified:06 Oct 2010 05:43

Repository Staff Only: item control page