Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah

Yeo, Kee Jiar and Mahmood, Azmi (2010) Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah. Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48Kb

Abstract

Pelajar yang mempunyai harga diri tinggi biasanya melibatkan diri dalam strategi pengukuhan atau peningkatan kendiri dan melihat diri secara positif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara harga diri dengan matamata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kalangan 100 orang pelajar dari dua buah sekolah menengah. Setiap pelajar diberi satu set borang soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya dengan nilai alfa Cronbach 0.821. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk menentukan frekuensi, peratus, dan min. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk menentukan korelasi antara harga diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan antara harga diri dengan pencapaian merentas jantina dan tahap pencapaian yang tinggi dan rendah. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Seterusnya, analisis juga menunjukkan tidak terdapat korelasi antara harga diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup. Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri dengan pencapaian dalam Kemahiran Hidup antara pelajar lelaki dan perempuan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk terus meningkatkan harga diri pelajar, dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan pencapaian mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:harga diri, pencapaian kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10481
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:06 Oct 2010 05:41
Last Modified:06 Oct 2010 05:41

Repository Staff Only: item control page