Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Terhadap Program Usrah Di SMKA (P) Al-Mashoor

Mustari, Mohd. Ismail and Mohd. Salleh, Salini (2010) Persepsi Pelajar Terhadap Program Usrah Di SMKA (P) Al-Mashoor. Persepsi Pelajar Terhadap Program Usrah Di SMKA (P) Al-Mashoor . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
99kB

Abstract

Kajian berbentuk diskriptif ini dibuat bertujuan untuk mengkaji keberkesanan usrah dalam membentuk peribadi pelajar yang dijalankan di salah sebuah sekolah SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Terdapat 60 item soalan dalam set soal selidik berkenaan yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden manakala Bahagian B pula digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian. Responden kajian terdiri daripada 111 orang pelajar iaitu keseluruhan populasi pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) For Windows version 14.0 dalam bentuk kekerapan, peratus dan min untuk menunjukkan responden berminat dengan program usrah. Ini terbukti melalui perolehan skor min antara sederhana hingga tinggi iaitu antara 3.10 hingga 4.41. Kajian rintis mencatatkan nilai kebolehpercayaan sebanyak α = 0.924. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aktiviti usrah yang dijalankan serta memberi maklum balas yang baik terhadap keberkesanan aktiviti usrah. Beberapa cadangan telah diutarakan agar program usrah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:SMKA (P) Al-Mashoor, usrah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10478
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:05 Oct 2010 07:15
Last Modified:29 May 2017 02:08

Repository Staff Only: item control page